Isnin, 18 Mac 2013

Pilihan Raya 13

KITA dan PILIHAN RAYA 13
"Kalau dia betul-betul yakin BN akan menang, tentu dia telah buat pilihan raya, dia dah bubar parlimen". 
"Betul juga apa yang awak kata tu kerana salah satu sebab kejayaan sebuah perlawanan atau pertandingan ialah persoalan keyakinan, tapi awak perlu tahu bahawa setiap perlawanan atau pertandingan kena ada strategi. Langkah melewatkan pembubaran parlimen untuk pilihan raya 13 ini mungkin strategi Najib"
"Okey, kita boleh terima ini sebagai suatu strategi. Strategi yang tak pernah digunakan oleh mana-mana Presiden UMNO sebelum ini. Bagi saya strategi ini adalah strategi terdesak dan terpaksa. Terpaksa dan terdesak kerana Najib sedar bahawa pilihan raya ini tidak sama dengan pilihan raya yang lalu"
"Pilihan raya kali ini adalah  ' ibu pilihan raya ' sebagaimana yang selalu disebut oleh penganalisis politik tanah air.
"Pilihan raya kali ini jadi hebat kerana sebelum ini tak pernah lagi pemerintah mengeluarkan dana berbilion RM kepada rakyat. Fahamlah kita bahawa strategi memikat rakyat selaku pengundi dengan pemberian RM secara langsung yang dilindungi undang-undang ini adalah suatu pemberian untuk memikat dan mengekalkan sokongan rakyat kepada UBN" 

Demikianlah perbualan antara dua rakyat disebuah kedai kopi.  Saya memuji sikap terbuka mereka.  Saya tidak mengenali mereka dan mereka pun demikkianlah.  Perbincangan yang sihat sedemikian sangat digalakkan.

Saya meyakini isu ini menjadi isu utama rakyat. Nampaknya rakyat tidak sabar untuk menunjukkan sikap dan pendirian mereka.

Sekejap lagi saya akan mengikuti ceramah yang akan disampaikan oleh YB Dato' Nik Ammar  di Padang Majlis Daerah, [ Padang Bola Selising ] Dato' Nik Ammar, Timbalan Pesuruh Jaya PAS Kelantan akan berkembar dengan Aisyah Sri Kandi PKR.  

Apa yang akan disampaikan nanti sama-sama kita tunggu kerana PAS Kelantan sebagimana yang diumumkan oleh Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Wan Nik dalam Sinar Harian hari ini  bahawa PAS Kelantan mengekalkan status quonya dalam pembahagian kerusi yang akan dipertandingkan dalam pilihan raya nanti.

Atau banyak lagi isu yang boleh disentuh kerana mahu tak mahu masa Pilihan Raya 13 tetap akan tiba.

Sama-sama kita tunggu. InsyaAllah  



    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan