Jumaat, 21 September 2012

jundulLAH


' tentera ALLAH '

Latar belakang
Apa pentingnya tema ini sehingga diubah dari ' aku seorang mukmin ' kepada ' jundulLAH '.  Selain dari sebab meraikan idea seorang sahabat, ia juga kerana berkebetulan dengan nama anak ketiga saya Ahmad Fathan Jundullah.

Bererti, sebelum laman web ' seorang mukmin '  ini muncul saya telah pun minat dengan nama JundulLAH sehingga menamakan nama seorang anak yang dilahirkan pada 04.03.09 yang lalu. 

Semuanya bermula dari kefahaman kemudian muncullah harapan yang tinggi yang berkaitan dengan perkataan jundulLAH

Berasaskan kefahaman kepada erti dan makna ' jundulLAH '  inilah yang menyebabkan mudahnya memakai namanya kerana pada ' jundulLAH '  itu ada terkandung sebuah harapan yang tinggi.

Nama " JundulLAH thaqafatan wa akhlaqan " adalah sebuah nama yang dipopularkan oleh As-Syeikh Said Hawa seorang ulamak haraki dari Syria. Mungkin anda tahu tentang kitab itu ! Saya pernah mengikuti pengajian kitab itu pada tahun 1985 dengan Al-Fadhil Ustaz Ismail Noh.

Harapan untuk membina suatu penyusunan masa depan berbentuk pemikiran, ekonomi,  pendidikan ilmu dan kemahiran, kesihatan, hubungan awam, pendidikan kerohanian dan kepekaan  terhadap  ALLAH SWT     

Dari itu muncullah bentuk-bentuk kegiatan yang akan berperanan untuk al-ISLAM. Maka, seandainya ada seorang yang berperanan   dengan penuh keikhlasan untuk al-ISLAM, kerana ALLAH ' lilLAHi Taala ' maka dia lah ' jundulLAH '.  

Kemuncaknya, seorang jundulLAH itu  mestilah berkeperibadian sebagai insan yang  sentiasa berusaha meninggikan agama ALLAH SWT yang mengharapkan pertemuan dan ganjaran yang terbaik dari ALLAH SWT di akhirat nanti

Kesimpulannya, walaupun bahasa Arab itu bererti  ' tentera  Allah '  , tetapi makna yang tersirat disebaliknya  adalah terkandungnya suatu  ' hakikat kesempurnaan keikhlasan ' si hamba dengan Rabbnya. 

Setiap hamba beriman wajib ikhlas kepada ALLAH SWT. Inikan pula insan seorang ' jundulLAH '  yang mengenal ALLAH SWT sebagai Rabbnya. 

Bererti, mudah untuk difahami tetapi payah untuk dilaksanakan kerana ikhlas itu adalah antara rahsia ALLAH SSWT atau rahsia diantara rahsia ALLAH SWT.



WalLAHu a'lam

Terima kasih kepada anda yang sudi melayari ' jundulLAH '







Tiada ulasan:

Catat Ulasan