Isnin, 18 Mac 2013

Pilihan Raya 13

KITA dan PILIHAN RAYA 13
"Kalau dia betul-betul yakin BN akan menang, tentu dia telah buat pilihan raya, dia dah bubar parlimen". 
"Betul juga apa yang awak kata tu kerana salah satu sebab kejayaan sebuah perlawanan atau pertandingan ialah persoalan keyakinan, tapi awak perlu tahu bahawa setiap perlawanan atau pertandingan kena ada strategi. Langkah melewatkan pembubaran parlimen untuk pilihan raya 13 ini mungkin strategi Najib"
"Okey, kita boleh terima ini sebagai suatu strategi. Strategi yang tak pernah digunakan oleh mana-mana Presiden UMNO sebelum ini. Bagi saya strategi ini adalah strategi terdesak dan terpaksa. Terpaksa dan terdesak kerana Najib sedar bahawa pilihan raya ini tidak sama dengan pilihan raya yang lalu"
"Pilihan raya kali ini adalah  ' ibu pilihan raya ' sebagaimana yang selalu disebut oleh penganalisis politik tanah air.
"Pilihan raya kali ini jadi hebat kerana sebelum ini tak pernah lagi pemerintah mengeluarkan dana berbilion RM kepada rakyat. Fahamlah kita bahawa strategi memikat rakyat selaku pengundi dengan pemberian RM secara langsung yang dilindungi undang-undang ini adalah suatu pemberian untuk memikat dan mengekalkan sokongan rakyat kepada UBN" 

Demikianlah perbualan antara dua rakyat disebuah kedai kopi.  Saya memuji sikap terbuka mereka.  Saya tidak mengenali mereka dan mereka pun demikkianlah.  Perbincangan yang sihat sedemikian sangat digalakkan.

Saya meyakini isu ini menjadi isu utama rakyat. Nampaknya rakyat tidak sabar untuk menunjukkan sikap dan pendirian mereka.

Sekejap lagi saya akan mengikuti ceramah yang akan disampaikan oleh YB Dato' Nik Ammar  di Padang Majlis Daerah, [ Padang Bola Selising ] Dato' Nik Ammar, Timbalan Pesuruh Jaya PAS Kelantan akan berkembar dengan Aisyah Sri Kandi PKR.  

Apa yang akan disampaikan nanti sama-sama kita tunggu kerana PAS Kelantan sebagimana yang diumumkan oleh Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Wan Nik dalam Sinar Harian hari ini  bahawa PAS Kelantan mengekalkan status quonya dalam pembahagian kerusi yang akan dipertandingkan dalam pilihan raya nanti.

Atau banyak lagi isu yang boleh disentuh kerana mahu tak mahu masa Pilihan Raya 13 tetap akan tiba.

Sama-sama kita tunggu. InsyaAllah  



    

Jumaat, 21 September 2012

jundulLAH


' tentera ALLAH '

Latar belakang
Apa pentingnya tema ini sehingga diubah dari ' aku seorang mukmin ' kepada ' jundulLAH '.  Selain dari sebab meraikan idea seorang sahabat, ia juga kerana berkebetulan dengan nama anak ketiga saya Ahmad Fathan Jundullah.

Bererti, sebelum laman web ' seorang mukmin '  ini muncul saya telah pun minat dengan nama JundulLAH sehingga menamakan nama seorang anak yang dilahirkan pada 04.03.09 yang lalu. 

Semuanya bermula dari kefahaman kemudian muncullah harapan yang tinggi yang berkaitan dengan perkataan jundulLAH

Berasaskan kefahaman kepada erti dan makna ' jundulLAH '  inilah yang menyebabkan mudahnya memakai namanya kerana pada ' jundulLAH '  itu ada terkandung sebuah harapan yang tinggi.

Nama " JundulLAH thaqafatan wa akhlaqan " adalah sebuah nama yang dipopularkan oleh As-Syeikh Said Hawa seorang ulamak haraki dari Syria. Mungkin anda tahu tentang kitab itu ! Saya pernah mengikuti pengajian kitab itu pada tahun 1985 dengan Al-Fadhil Ustaz Ismail Noh.

Harapan untuk membina suatu penyusunan masa depan berbentuk pemikiran, ekonomi,  pendidikan ilmu dan kemahiran, kesihatan, hubungan awam, pendidikan kerohanian dan kepekaan  terhadap  ALLAH SWT     

Dari itu muncullah bentuk-bentuk kegiatan yang akan berperanan untuk al-ISLAM. Maka, seandainya ada seorang yang berperanan   dengan penuh keikhlasan untuk al-ISLAM, kerana ALLAH ' lilLAHi Taala ' maka dia lah ' jundulLAH '.  

Kemuncaknya, seorang jundulLAH itu  mestilah berkeperibadian sebagai insan yang  sentiasa berusaha meninggikan agama ALLAH SWT yang mengharapkan pertemuan dan ganjaran yang terbaik dari ALLAH SWT di akhirat nanti

Kesimpulannya, walaupun bahasa Arab itu bererti  ' tentera  Allah '  , tetapi makna yang tersirat disebaliknya  adalah terkandungnya suatu  ' hakikat kesempurnaan keikhlasan ' si hamba dengan Rabbnya. 

Setiap hamba beriman wajib ikhlas kepada ALLAH SWT. Inikan pula insan seorang ' jundulLAH '  yang mengenal ALLAH SWT sebagai Rabbnya. 

Bererti, mudah untuk difahami tetapi payah untuk dilaksanakan kerana ikhlas itu adalah antara rahsia ALLAH SSWT atau rahsia diantara rahsia ALLAH SWT.



WalLAHu a'lam

Terima kasih kepada anda yang sudi melayari ' jundulLAH '







... aku seorang mukmin ...

SYUKUR kehadrat Allah SWT, tepat 10:45 malam yang sekejap tadi berlalu saya ditakhdirkanNYA dapat   ' menerbitkan '  satu laman web yang bernama " seorang mukmin " yang ditemakan  " ... aku seorang mukmin ... "    " Al-HamdulilLAH " .  Pada mulanya saya mahukan nama ' rijal mukmin ' tapi tak dapat kerana telah menjadi nama laman web yang tentunya dimiliki oleh seorang yang cintakan agamanya.   Bila dapat perkataan  ' rijal ' ,  tertolak.  Lalu " seorang mukmin  "  yang ada. Maka saya pun terus membaca " Dengan nama Allah ..... " 

Latar belakang : i
Saya masih tidak puas dengan ' urusan dakwah ' cara berblog.  Banyak blog yang saya lancarkan dan mengikuti dengan tema yang berbagai. [ Tadi, melayari blog BICARA PERJUANGAN ... hebat ... dengan paparan gambar semacam seorang mujahidin bersama senjatanya ... ]   Pagi tadi, bila melihat buku  APA ERTI SAYA MENGANUT ISLAM  timbul rasa dihati kehebatan yang diberi Allah SWT kepada pengarangnya FATHI YAKAN. 

Lalu, terfikir untuk mengarang dengan wajah tajuk yang hampir sama, tiru-tiru orang bijak iaitu ' apa erti saya seorang mukmin ' .  Seharian terfikir-fikir dan berfikir-fikir mengenai tajuk yang sesuai.  Yang payahnya kerana saya juga berfikir bahawa apa yang saya karang dilaman web ini akhirnya saya ingin terbitkan sebagai sebuah buku.  InsyaAllah.

Latar belakang : ii
Dalam masa sedang menyiapkan ' muqaddimah ' ini tadi saya menerima panggilan dari seorang sahabat [ yang saya rasa tak perlu di sebut namanya disini ... nanti saya tanya adakah dia ingin masukkan namanya ... kalau dia mahu saya akan edit nanti ... ] Saya ambil kesempatan bercerita tentang laman web baru ini seperti diatas [ Latar belakang : i ].  Komennya, kenapa tak ambil perkataan ' jundullah '  ? [ ... ketika itu  teringat kepada nama anak saya Jundullah ] Saya jawab, nama / perkataan ' jundullah '  dah ada, tak boleh nak namakan blog ' jundullah', lagipun kitab bertajuk  ' jundullah ' telah ada, karangan Sheikh Said Hawa, ' jundullah thaqafatan wa akhlaqan '  ... kalau tema blog boleh diubah ... lalu saya diam-diam  dalam hati buat keputusan akan ubah  tema dari  " ... aku seorang mukmin ... "  kepada " jundulLAH "   ... sebagai menghargai idea baik sahabat yang saya sayangi itu. [ sekarang ' berita akhir ' tv3  meyiarkan gambar Khairi Jamaludin bersama Hasan Ali dibelakangnya ... kemudian disiar gambar Ustaz Nasruddin Tantawi, Ketua Pemuda PAS  berserban putih dan disebelahnya Ustaz Tuan Ibrahim berserban hitam,  berdemonstrasi selepas solat Jumaat mengutuk agenda Yahudi, penghinaan terhadap Rasulullah SAW oleh Sam Bacile pereka ' Innocence Of Muslim ' ]

Latar belakang : iii
Saya tanyakan sahabat saya tadi bagaimana blognya ' sword ....' Jawabnya, tak ada masa ...  Dalam hati saya,  " sayang ... sayang kepada ilmunya yang boleh berperanan, tapi ...  " .  Berbalik kepada tema blog ini. Untuk terbitan ' muqaddimah ' ini saya munculkan tajuk dan  label " ... aku seorang mukmin ... "  tapi selepasnya akan muncul tema " ... jundulLAH ... " yang akan saya edit selepasnya  juga. InsyaAllah 

Harapan
Moga-moga usaha " ...jundulLAH ... " ini diberkati ALLAH SWT kerana pelancarannya dibulan haji yang penuh dengan keberkatan ini.  Seterusnya dalam usaha dakwah ini saya dapat mengembangkan al-ISLAM atas nama dan semangat serta kefahaman   ' seorang mukmin yang JUNDULLAH '  Amin

Khulasah
Dimedan yang luas ini saya hanya mahu berperanan untuk al-ISLAM. Saya mengharapkan sokongan antum, saudara seaqidah dan seperjuangan. 

Doa
" Ya ALLAH ya ILAHI, hamba MU memohon, permudahkanlah urusan hamba MU untuk memartabatkan al-ISLAM agama Mu ini melalui 
www.seorangmukmin.blogspot.com
   dan dengan pembinaan dan pengimarahan  
MASJID UTHMANI  " Bersama Memakmurkan Bumi Allah "  ( www.masjiduthmani.blogspot.com  /  www.masjiduthmani.com   "

Amin ya Rabb

walLAHU a'lam

Terima kasih kepada anda yang mengambil perhatian ... " Hanya Allah Yang Maha Menganugerahkan pembalasan sebanyak-banyaknya "


wassalamu 'alaikum

akhukum fil Lah
Fikri : 013-99 764 99